Pak Pandir membeli durian

Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

Pak Pandir : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..

Pak Pandir : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Org Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Pak Pandir : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir...

Org Asli : "Lahupa itu berapa?"
Pak Pandir : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Selsema Burung

"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung."
"Saya tahu,"jawab doktor.
"Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah."
"Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu.
"Dia telah mencium pembantu rumah kami."
"Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin."
"Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu."
"Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu."
"Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."

"Celaka,"jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."

Serahkan pada Yang Di Atas

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"

Ubat anti-gempa

Di satu kaki lima yang sibuk di sebuah kota, terdengar seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya.

Penjual ubat : Mari! Mari! Abang, adik, kakak, makcik, pakcik! Saya ingin memberitahu anda semua sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa! Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini! Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun! Saya telah menjualnya di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya! Cubalah! Bandar ini bakal dilanda gempa pada tepat jam 11.30 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ pun terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia hari ini, mereka pun tanpa was-was berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun untuk membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai itu adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa sudah semakin hampir. Pakcik itu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Satu minit berlalu...dua minit berlalu.....hingga minit yang ke sepuluh, pakcik tadi pun berteriak kepada penjual ubat itu.

Pakcik : Eh! Dah lama dah ni! Mana gempanya? Awak tipu kami ya?

Penjual ubat : Haa! Kan betul apa saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!!

Pakcik : ????

Belimbing

Dalam satu pertandingan antara buah-buahan tempatan, berkatalah buah durian dengan angkuhnya "Siapa lagi diantara kamu yang sanggup berlawan dengan aku, aku percaya tiada lagi yang dapat mengalahkan aku". Dikalangan buah-buahan tempatan yang mendengar kata-kata durian itu berkatalah belimbing kepada durian "Kalau kau setuju aku akan membawa saudaraku untuk bertarung dengan kamu" mendengar kata-kata belimbing tadi durian pun ketawa sembil berkata "Ha.. Ha.. ha.. aku tau kau nak membawa belimbing besi untuk bertarung dengan aku kan,.. silakan bawalah berapa ramai sekali pun mereka kemari aku sedia menerima cabaran mereka" Buah-buah lain yang hadir di pertandingan itu menasihatkan belimbing agar membatalkan saja niatnya untuk membawa saudaranya bertarung dengan durian, tetapi belimbing tetap berkeras hendak membawa saudaranya bertarung. Belimbing merasa geram dengan sikap durian yang semakin sombong dan angkuh.

Maka belimbing pun membawa saudaranya masuk ke dalam gelangang dan pertandingan pun bermula. Durian dengan angkuhnya baring sambil meniarap di gelangang dan berkata "Aku beri peluang saudaramu ini untuk menghempap diriku dulu dan kita akan lihat nanti siapa yang merasa sakit pula ha..ha..ha.." kata durian dengan sombongnya. Maka dihempap lah durian oleh saudara belimbing tadi. Dengan hanya sekali hempap durian pecah dan terbelah dua. Durian yang agaak terkejut dan merasa sakit lantas bangun dan menoleh kepada saudara belimbing tadi. Durian merasa terkejut melihatkan saudara belimbing tadi lalu berteriak dan mengadu kepada Cempedak yang mengadili pertandingan tersebut "Hoiii... mana aci macam ni, ini dah kira tipu.. dia ni kan penyu belimbing, kalau macam ni matilah aku..."

Moral : Jangan suka mencabar tanpa usul periksa.

Penimbang

Seorang perempuan masuk ke dalam sebuah Klinik sambil mendukung seorang bayi... Tiba-tiba perempuan itu ternampak sebuah alat penimbang berat untuk orang dewasa. Ia menghampiri alat penimbang tersebut, tapi kemudian nampak kebingungan.

Seorang petugas klinik itu melihatnya... menghampiri dan bertanya kenapa ia nampak kebingungan.

"Sebenarnya saya ingin menimbang bayi ini, tapi alat ini seperti bukan untuk bayi" kata perempuan tersebut.

"Memang ini penimbang untuk orang dewasa. Tapi masih boleh digunakan untuk menimbang bayi. Caranya bayi dan IBUnya naik ke atas alat timbangan ini... lalu dicatatkan berapa angkanya...
Setelah itu IBU pula naik seorang diri di atas alat timbangan ini dan dicatatkan angkanya.
Saya boleh bantu mendukung bayi ini. Lalu... angka pertama ditolakkan dengan angka kedua...
itulah berat bayi" kata petugas Klinik tersebut...

"Tapi rasanya masih tidak boleh" kata si perempuan.

"Kenapa? tanya petugas kehairanan...

"Kerana saya bukanlah IBUnya.. tapi pengasuhnya..." jawab wanita itu.

Tak tahan

Usop Belacak baru sahaja berkahwin dengan Joyah Kerengge. Setelah selesai upacara membuka hadiah dan bersanding malam itu, Usop segera menuju ke bilik pengantinnya dengan tergesa-gesa diikuti Joyah yang terpinga-pinga dan panik melihat suami barunya itu.

"Kenapa bang?" tanya Joyah Kerengge

"Abang dah tak tahan niii!!!.." jawab Usop sambil melondehkan seluar dan samping pengantinnya.

"Alah abang nii..apa nak dirisaukan. Kan saya dah jadi milik abang untuk selama-lamanya. Kenapa tergopoh-gopoh nii?" balas Joyah dengan manja.

"Abang tak kira, abang dah tak tahan niiiihhh" kata Usop yang semakin gopoh nampaknya.

"Issyyy...abang ni buat Yah malu je la!!" kata Joyah lagi sambil tersenyum dan terus naik ke atas katil sambil menekup mukanya dengan bantal kerana malu.

Sedang Joyah Kerengge menunggu-nunggu apakah tindakan Usop Belacak yang seterusnya, tiba-tiba Joyah terdengar.......

"Kkrrrroooooosssshhhh......."

"Aikk? Macam pernah dengar je bunyi tu?" kata Joyah dalam hati.

"Abang buat apa tuu....?"

"Huhh! Lega rasanya dapat melepas! Abang memang tak tahan betul sakit perut ni dari tadi!"

Perasmian Hospital

Yang Berhormat Menteri Kesihatan dijemput merasmikan satu majlis di Hospital Bahagia. Sewaktu menteri itu berjalan menuju ke pentas, tiba-tiba tangannya ditarik salah seorang yang berdiri berhampiran.

Lelaki : Apa Khabar?
Menteri : Baik
Lelaki : Lu.. sapa nama ?
Menteri : Kan Ti Meng.
Lelaki : Lu keje apa?
Menteri : Menteri Kesihatan
Lelaki : (Sambil berbisik) Isyy!!!, lu jangan cakap kuat-kuat.
Menteri : Apa pasal ?
Lelaki : Dulu bila orang tanya sama gua, gua cakap nama dan kerja sama seperti lu, polis tangkap.. kasi gua masuk ini tempat sampai sekarang.

Mencarut dalam kelas

Dalam sebuah sekolah rendah, terdapat seorang budak darjah 3 bernama Dollah, dia dimarahi oleh gurunya (Cikgu Saodah) kerana mencarut di dalam kelas dengan menyebut f**k. Lalu Cikgu Saodah pun mendenda dollah dengan berdiri di atas meja.

"Dollah!! kenapa kamu mencarut tadi?" tanya Cikgu Saodah. Dengan perasaan marah Dollah pun jawap "Erk, saya mencarut ke Cikgu? saya ikut bapak saya cakap je". "Kamu tau ke apa maksud perkataan yang kamu sebut tadi?" tanya Cikgu Saodah lagi...

"Tahu Cikgu" jawap Dollah dgn yakin. "F**k tu maksudnya Enjin kereta tokleh start Cikgu.."

Minta Tolong

Seorang gadis sedang sibuk menulis di atas meja di dalam pejabat pos. Tiba - tiba dia didatangi oleh seorang lelaki separuh umur.

"Maaf kan saya,"kata lelaki itu. "Saya nak minta tolong sedikit ni....boleh tak saudari menulis dan menghantar poskad ini bagi pihak saya?" Gadis tersebut bersetuju dan meminta barang - barang tersebut. Dia juga tidak kisah untuk menandatanganinya selepas menulisnya nanti.

"O.k! Siap,"kata gadis tersebut tersenyum sambil menghulurkan poskad yang telah ditulis dan ditandatanganinya. Gadis itu pun meminta diri . Tak sampai beberapa langkah berjalan, gadis itu berhenti kerana dipanggil oleh lelaki tadi. Sambil senyum gadis itu bersuara, "Er...ada apa-apa lagi yang boleh saya lakukan untuk encik?"

"Ya," jawab lelaki tersebut. "Di bahagian bawah poskad ini tolong tuliskan :

P/S - Maafkan saya kerana tulisan ini tidak cantik."

Monyet Terbuang

Di suatu kaunter pandu bayar... sebuah kereta didapati masuk untuk membuat pembayaran bil..

Setelah selesai urusan pembayaran.. cashier itu terpandang ke belakang kereta dan ternampak seekor monyet sedang duduk disitu...

Melihat cashier itu kehairanan... pemandu itu berkata.. "Saya bertemu dengannya di tepi jalan. kerana kesihan saya mengambilnya... err.. cik ada idea apa yang perlu saya buat?"

Cashier itu berkata sambil tersenyum... "Ya! saya rasa baik encik membawanya ke Zoo"

Pemandu itu tersenyum dan berkata.."Betul juga.. Mengapa saya tidak terfikir sejauh itu?"

Beberapa bulan selepas itu...di tempat yang sama cashier itu bertemu lagi dengan pemandu itu. Alangkah terkejutnya dia kerana mendapati monyet itu masih berada di belakang kereta itu...

"Saya ingat encik sudah membawanya ke Zoo" katanya.

Pemandu itu terus menjawab... "Ya.. Saya telah membawanya ke Zoo dan setelah kami puas berjalan-jalan.. saya merancang ingin bawanya ke pantai pula".

Kacang Hijau Dalam Telinga

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor: "Selamat petang..."
Pesakit: "Selamat petang Doktor!"
Doktor: "Ada masaalah apa ...?"
Pesakit: "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor: "Biar saya periksa telinga anda!"
Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.

Doktor: "Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit: "Apa caranya doktor?"
Doktor: "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit: "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor: "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit: "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor: "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi 'tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit: "???????????"

Tak Faham Bahasa

Cerita 1
Seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 berkata, "Saya berharap dapat mengambil gambar anda lagi tahun depan. "Mengapa tidak anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!"

Cerita 2
"Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak ?" "Entah...... saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya!!"

Cerita 3
Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar.
Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang!
Pelajar : Terima kasih cikgu.
Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini ?
Pelajar : Balik ke rumah!!

Cerita 4
Seorang ibu dengan marahnya bertanyakan anak lelakinya yang hensem mengapa dia balik lambat, pukul 4 pagi ketika itu...
"Eh,baru balik..?" tanya si ibu sinis.
"Ya, mak.." jawab si anak sopan. Si ibu yang tengah mendidih, kemudian meninggikan suara.
"Haa,dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik..?!!!"Tengking si ibu.
"Nak sarapan!" balas si anak pendek.

Parti

Hamid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke Pulau Pinang kerana dinaikkan pangkat.

"Semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran dan telah menempah supaya diadakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian saya" kata Hamid kepada Wahub.

"Baguslah tu. Habis kenapa pulak yang kau bersedih ni?" tanya Wahub.

Jawab Hamid, "Saya tidak dijemput..."

Masjid Jamek

Pada suatu hari yang damai, Tipah berjalan menuju ke stesyen LRT yng berdekatan dengan rumahnyer. Sesampainyer dia di situ, dia terus bergerak ke kaunter dan dengan senyuman yang menyeringai dan ramahnyer dia terus bertanya, "Kak ....Masjid Jamek berape?".

Akak jaga kaunter tu kebetulan pulak baru dapat call dari kawan dia. Kawan dia report yang suami dia tgh dating ngan awek lain. Dengan rasa marah dan poyo yg masih bersisa maka akak kaunter pon jawab, " Masjid Jamek ade satu jek."

Lembu

Seekor lembu betina telah berhenti memberikan khidmatnya untuk memberi susu kepada penduduk sebuah kampung di utara Russia.

Oleh itu pemiliknya mengambil keputusan untuk membeli lembu betina yang baru dan muda bagi memberikan susu lembu yang lebih berkhasiat kepada penduduk kampung itu.

Tanpa pengetahuan penduduk kampung, pemilik lembu itu telah pergi ke Minsk untuk mencari lembu tersebut kerana beliau mendapat tahu bahawa lembu-lembu di sana berasal dari baka yang baik-baik.

Dipendekkan cerita, beliau menemui lembu yang dicarinya dan membawa pulang ke kampungnya.

Untuk membuatkan lembu itu mengeluarkan susu, dia hendaklah mengawankannya dengan lembu jantan 'macho' kepunyaannya.

Pada percubaan pertama, lembu jantan tersebut cuba merapati lembu betina yang muda itu, tetapi semakin didekati, semakin lembu betina itu lari.

Percubaan kedua juga gagal kerana lembu jantan yang 'macho' itu dimarahi lembu betina tersebut.

Percubaan ketiga juga tidak berhasil apabila lembu jantan itu ditendang oleh lembu betina tersebut.

Pening memikirkan masalah itu, pemilik lembu bertemu dengan ketua kampung untuk mendapatkan nasihat.

"Walaupun kamu tidak beritahu,saya rasa saya tahu dari mana kamu membeli lembu itu" terang ketua kampung kepada pemilik lembu.

"Kenapa Tok kata begitu?" tanya pemilik lembu kehairanan.

"Kerana isteri saya juga berasal dari Minsk"

Setem

Disebuah negeri terdapat beberapa orang Raja yang memerintah. Raja-raja di negeri itu pulak ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang terkenal dengan kediktatorannya.

Pada satu hari Perdana Menteri tersebut telah merasmikan pembukaan pejabat pos. Apabila beliau melawat pameran sempena perasmian pejabat pos berkenaan beliau terkejut kerana hampir kesemua setem-setem yang dipamirkan mempunyai gambar-gambar Raja. Beliau dengan angkuhnya memanggil pengarah jabatan pos dan menyuruhnya menggantikan muka-muka Raja tersebut dengan wajahnya.

Selang beberapa hari beliau berbangga kerana muka-muka Raja tersebut telah tiada dan wajahnya yang tertera di situ. Selepas seminggu berlalu, beliau mendapat berita yang mengatakan surat-surat yang dipos tidak ditampal dengan setem wajahnya.

Dengan marahnya beliau telah memanggil pengarah jabatan pos dan bertanya mengapa kesemua surat-surat tidak ditampal dengan setem wajahnya. Pengarah mengatakan bahawa setem-setem tersebut tidak lekat apabila ditampal kerana semua pengguna tidak meludah setem itu di belakang setem sebaliknya meludah di bahagian hadapan setem.

Cuti Sakit

Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.

Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?

Cikgu : Ya, saya.

Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.

Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?

Salmah : Emak saya...

Matahari

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:
Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Dokter : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."
Dokter : "???"

Murid Nakal

Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin. "Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu, berapa ekorkah yang tinggal?". Amin menjawab "Tidak ada yang tinggal cikgu".

"Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir" balas guru tersebut.

Amin kemudian berkata "Boleh saya tanya cikgu pulak?". Cikgu tadi mengangguk setuju. 

"Tiga orang wanita makan ais kerim, wanita pertama menjilat bahagian atas aiskerim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada aiskerim tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?"

Gurunya dengan teragak-agak menjawab "Wanita kedua!".

"Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir" balas Amin dengan selamba.

Haruan dan Anak

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

Sea Games

Dimulakan cerita diadakan sukan antara negara-negara ASEAN di KualaLumpur. Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala. Cara pertandingannya ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan dan dapat kebawah tanpa apa-apa kecederaan. Dimulakan pertandingan peserta dari Thailand naik ke tingkat 1 dan terjun...whooosh! Gedegam! kepalanya menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa-apa kecederaan.

Peserta kedua dar Filipina naik ke tingkat 2 dan terus terjun Zooooom!Bang! Dia bangun dan mengossokkan kepalanya. Penonton bertepuk tangan. Peserta ke 3 dari Singapura berlari ke tingkat 3 dan terus terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah dengan pantas. Beliau dengan tangkas bangun dan mencuci kotoran dikepalanya.

Tiba pula peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat 4. Beliaudengan perlahan berjalan ke tingkat 4. Sampai ditepi beliau berdiri Sahaja. Pengadil menjerit jerit suruh dia terjun. Dia mengeleng-ngelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatihnya bertempik menyuruh dia terjun.Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun. Oleh kerana beliau adalah peserta terakhir pengadil-pengadil memutuskan untuk bermesyuarat. Keputusannya pemenang pertandingan keras kepala adalah dari..... MALAYSIA!
Disclaimer

None of the audio/visual content is hosted on this site. All media is embedded from other sites such as Google Video, YouTube, Megavideo, etc. Therefore; this site has no control over the copyright issues of the streaming media.

All issues concerning copyright violations should be aimed at the sites hosting the material. This site does not host any of the streaming media and the owner has not uploaded any of the material to the video hosting servers. Anyone can find the same content on Google Video or YouTube by them selves.

The owner of this site cannot know which movies, documentaries or cartoons are in public domain, which has been uploaded to e.g. google video by the owner and which has been uploaded without permission, and is therefore willing to remove any violating material immediately upon request. The copyright owner must further contact the source if he wants his material off the Internet completely.