Koleksi Lawak hujung Minggu

Jangan Terlalu Yakin

Amin baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan, dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata : " Syukurlah, semuanya sudah berlalu..."

"Jangan terlalu yakin", kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. "Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi....!"

Yusril yang berada disebelah kiri tempat tidurnya menyela :

"Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulang kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku.."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru :

"Adakah sesiapa yang melihat handphone saya?"

Juruterbang Bodoh

Pesawat Air Lines sedang mengalami gangguan enjin di udara. "May day,may day,may day...!!",terdengar juruterbang siarkan S.O.S melalui radio.

"Pesanan anda didengar jelas,"kata petugas dek menara pengawas,"Harap beritahukan tinggi dan posisi anda segera..!!"

"Ya,baik,"jawab juruterbang itu,"Saya tinggi 1.8 cm dan saya duduk di kerusi yang paling depan!"

Angka 13

Ketukan di pintu mengejutkan sepasang kekasih yang sedang berkasih-kasihan dengan asyiknya.. "Cepat, itu suamiku," kata si wanita yang diserang ketakutan. "Loncatlah dari jendela!"

"Tunggu dulu. Kita kan sedang di tingkat 13!" bantah si lelaki.

"Cepat loncat!" teriak si wanita dengan paniknya. "Keadaan sudah gawat begini, kamu masih percaya tahyul dan soal angka sial!"

Mahu Berbisik

Seorang anak kecil berlari masuk ke ruang tamu pada

ketika mama dan papanya sedang menjamu rakan-rakannya.

"Mama!!" teriaknya, "Saya ingin kencing."

Si mama membawa si anak ke bilik mandi dan berkata,

"Boboy, lain kali kalau kamu hendak ke bilik air utk kencing maka katakanlah,

'Mama, saya mahu berbisik.' Itu lebih sopan,faham?"

"Baik mama.." kata si anak.

Beberapa malam kemudian, si anak terbangun dan berasa hendak kencing. Dia masuk ke kamar papa dan mamanya lalu mendekati mamanya yang sedang tertidur lelap.

"Mama, saya mahu berbisik," katanya sambil menggoncang-goncang tubuh mamanya. Dengan malas dan mengantuk, mamanya yang masih setengah tidur berkata , "Aduh Boboy.., kamu selalu mengganggu mama. Kalau mahu berbisik, pergilah berbisik di telinga Papa di sana...

Dua Ekor Anjing

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina cukup. Anjing A training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada anjing A, sempat makan lagi. Anjing A pun tak puas hati, tapi anjing B kata, "Rileks la, aku ni kan anjing laut."

Panggilan Sayang

Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...

Kasihku... dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu." Mizal mengangkat bahu dan berbisik,"Sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

Dua Pesakit Jiwa

Ada dua pesakit yang dirawat di rumah sakit jiwa sedang menyusun rancangan untuk melarikan diri. Mereka merancang untuk menggunakan tangga yang akan diletakkan di pintu pagar RSJ tersebut. Rancangan itu telah disusun dengan teliti sekali. Sebelum melarikan diri, diutuslah orang gila pertama untuk melihat situasi di depan. Kemudian dia melaporkan pada orang gila kedua.

Gila 1 : "Aduh, rancangan kita pasti gagal"

Gila 2 : "Mengapa?Apakah pintu keluar dijaga ketat ?"

gila 1 : "Tidak, sama sekali tidak ada penjaga"

gila 2 : "Jadi mengapa ?'

gila 1 : "Kerana pintunya tidak ada. Dimana kita akan meletakkan tangganya ?"

Tangguh Lagi

Alex mengeluh kepada Robet kerana dia tidak dapat menghilangkan kebiasaan buruknya iaitu suka menangguh suatu pekerjaan. Robet memberikan sebuah solusi dengan menunjukkan buku yang berjudul "BAGAIMANA SUPAYA ANDA TIDAK MENUNDA LAGI". Alex mengambil buku itu lalu berkata, "Baiklah, akan kubaca buku ini di lain masa."

Teman Baik

Seorang ibu sedang bercakap dengan temannya.

"Kamu tahu tak...diantara 99 teman baikmu ada yang main gila sama suamimu. Oleh itu kamu mesti berhati-hati. Aku mengatakan hal ini bukan kerana apa-apa, tapi kerana aku adalah teman baikmu'

Yang Paling Berharga

Seorang pemuda dihadap ke mahkamah atas tuduhan mencuri motor milik seorang gadis remaja.

"Saya sama sekali tidak mencurinya,Yang Arif " kata si pemuda itu membela diri.

"Dia yang memberikan motor itu kepada saya. Ketika itu dia pulang dari sekolah, dia meminta saya agar memboncengkannya dengan motornya. Saya pun boncengkannya. Lalu dalam perjalanan, di suatu semak belukar,dia menyuruh saya berhenti. Di bukanya baju dan seluarnya. Lalu katanya, saya boleh mengambil miliknya yang paling berharga. Yang Arif, lalu saya berfikir, bajunya memang berharga, tapi itu baju wanita dan tak ada gunanya bagi saya. Jeansnya juga terlalu kecil bagi saya. Kerana itu, apa boleh

buat terpaksa saya mengambil motornya. "

Keadaan Suami

Seorang isteri menemani suaminya untuk pemeriksaan kesihatan. Selesai pemeriksaan,doktor memanggil isteri tersebut untuk membicarakan keadaan suaminya, berdua saja.

"Suami puan menderita penyakit yang cukup berat, yang di pengaruhi stress yang menimpa dirinya. Jika puan ingin suami puan tetap hidup, lakukan nasihat2 yang saya berikan," kata doktor.

"Pagi hari buatkan sarapan yang enak. Perlakukan suami dengan baik dan lembut. Untuk makan siang, buatkan menu yang lengkap gizinya. Malam harinya sajikan makan malam yang istimewa. Jaga perasaannya, jangan bebani dia dengan pekerjaan rumah tangga dan jangan berkeluh kesah. Jika puan tidak melakukan semua itu, puan akan kehilangan suami," tambahnya.

Dalam perjalanan pulang, si suami bertanya kepada isterinya, "Apa kata doktor tentang penyakitku?"

"Kamu akan meninggal..."

Janji

Pengakuan seorang suami: "Setelah mendengar ceramah perkahwinan tiga hari yang lalu, saya dan isteri sepakat memegang janji untuk tidak akan pergi tidur kalau masih marah. Tapi mungkin kami harus membatalkan perjanjian itu kerana sudah tiga hari tiga malam kami tidak tidur....."

Mr Brown

Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.

Penelefon : Hello, boleh saya bercakap dengan Mr. Brown?

Penerima : Oh, ini Mr. Black.

Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

Koleksi Lawak Hangat

Banduan yang Pintar

Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie, menulis surat ke anaknya yang
ada dipenjara Nusa Kambangan karena dituduh terlibat GAM (Gerakan
Aceh Merdeka).

Bunyinya: "Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam
jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak
mencangkul kebun jagung ini?"

Eh, anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Demi Tuhan,
jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak
dalam surat itu.

Rupanya surat itu disensor pihak rumah tahanan, maka keesokan harinya
setelah si bapak terima surat, datang satu peleton tentara dari kota
Medan.

Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian
mencangkul tanah di kebun tersebut. Setelah mereka pergi, kembali si
bapak tulis surat ke anaknya.

"Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu peleton tentara
mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang
harus bapak lakukan sekarang?"

Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak mulai tanam
jagung aja, kan udah dicangkul sama tentara, dan jangan lupa ngucapin
terima kasih sama mereka."

Pihak rumah tahanan yang menyensor surat ini langsung pingsan.

Koleksi Lawak Hangat

Macam-macam ada: Buat Anda Tersenyum

Seorang tuan punya ZOOO risau gorilanya mati,kerana ia ada tarikan paling kuat Zoo tersebut..Suatu hari dia mencari akal dengan meminta seorang pemuda bernama ...JEBON...bekerja untuknya dengan memakai pakaian menyerupai gorila dan duduk dalam kandang...Apa lagi JEBON dapat good offer...dan terima lah..Untuk menujukkan ia benar-benar sekeor gorila, dia pun bergayut-gayut di keliling kandang. Tiada seorang pun perasaan bahawa gorila palsu..Suatu hari dia memanjat kandangnya dengan lebih tinggi hingga masuk ke kadang sebelah ada harimau..
Orang ramai yang menyaksikan bersorak lebih gemuruh kerana kelihatan harimau sudah mula naik minyak..Tiba-tiba gorila tersebut tergelincir dan jatuhhhhh..ke kandang harimau...KANTOI... si JEBON kata...Harimaun mendekati gorila berkenaan dan menindihnya...Gorila tersebut menjerit...TOLONG....TOLONG....TOLONG....Suasana semakin gamat kerana orang ramai mahu melihat bagaimanan gorila berjuang menentang harimau..
Tiba-tiba harimau menutup mulut gorila berkenaan dan berkata ""Woooiiii...diam laaaaa....Kau nak kita sama-sama kena BUANG KEJA KER???
JADI JANGAN MELENGEHKAN MASA...WOOWWWWWWW APA BACA LAGI...PERGI LAH
BUAT KEJA....NANTI PULAK KENA BUANG KEJA...SIAPA YANG SUSAH YOU JUGAK...

Koleksi Lawak Hangat

Ubat Tidur

azman yg baru seminggu berkahwin telah menghantar istreinya ke hospital krn tiba2
je telah jatuh pengsan di rumah.

setelah isterinya pulih dan dalam keadaan termangu2 kebingungan, doktor telah berkata
dgn azman.

doktor : en azman, ini ubat2an utk penenang dan pil tidur yg perlu dimakan. istri encik perlu rehat yg banyak dan jgn diganggu buat sehari dua.

azman : bila prlu saya berikan kpd isteri saya tuan doktor?
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
doktor : pil 2 itu bukan utk isteri awaklah! pil itu untuk awak!...

Koleksi Lawak Hangat

Lawak: Kenapa Pelajar Perempuan Melayu Selalu Dirasuk

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku
diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan
tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana
salah nya........ Kita ikuti perbualan antara seorang bomoh melayu yang
mengubati gadis melayu yang terasuk itu dan syaitan yang mengganggu.

kes histeria disekolah kat Banda Seri Begawan......

Misteri di Asrama Puteri terjawap!


Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa
dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk
sebilangan pelajar di sekolah itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu
ketua jin itu pun datang. Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu
hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun
hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari
wajah
si ketua jin itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua
bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang
tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

Bomoh : "Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa
gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

Ketua Jin : ""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati,
Tiada Memikat" "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik. Kalaulah
Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK...""

""Aduhai... kekekeekeeee...""

Dah jangan dok mengulat dan mempercayai perkara tahyul..... pi buat
keja cepat..

Koleksi Lawak Hangat

Malam Pengantin

Suatu malam aku dan teman mengintip jiran sebelah pasangan pengantin baru pada jam 12 malam, terdengar suara pengantin perempuan bersuara:

"Bang! cepat lah bukak! I nak rasa ni bang"

Tiba-tiba terdengar pengantin perempuan teriak "Aduh!".

Lalu aku dan teman ku tak sabar lalu panjat dan mengintip, rupa-rupa nya mereka sedang kopek durian...! dah!...bikin aku dan teman suspen aja!

Lawak Jenaka Online

ke'Jujur'an

Sepasang kekasih yang hendak menikah sedang berbincang. Si Gadis berbisik pada kekasihnya, "Sekarang waktunya kita saling jujur agar kelak kita tidak kecewa."
Si Pemuda mengangguk.

Gadis berkata "Sesungguhnya dada saya rata..seperti papan...kalau kau tidak suka katakan saja. Kita boleh batalkan pernikahan ini. Saya sedia menghadapinya", kata gadis.
Pemuda dengan lemah lembut menjawab, "Itu tidak masalah. Bagiku seks bukanlah hal yang pen! ting. Tetapi cinta kasih" Gadis pun lega mendengarkannya.

"Saya juga perlu mengatakan sesuatu sejujurnya padamu.", jelas pemuda. Gadis mengangguk tersenyum. "Sesungguhnya 'anu' saya seperti bayi...", kata pemuda. "Sstt...sudahlah itu tidak penting. Bagiku seks bukanlah hal yang penting. Tetapi cinta kasih.", sahut si Gadis. Pemuda pun lega mendengarkannya.

Malam pengantin tiba. Gadis mula membuka baju dan nampaklah dadanya yang
memang..memang...benar-benar.. rata. Pemuda hanya tersenyum melihatnya.
Kemudian pemuda mula membuka seluarnya sehingga nampaklah 'anu'nya.
Melihat itu gadis menjerit dan pengsan. Setelah sedar si gadis bertanya, "Kau katakan 'anu'mu seperti bayi...?"

"Ye la memang seperti bayi,... panjang 50 cm dan berat 3 kg"

Lawak Jenaka Online

Mat Rempit

Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.

Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,

"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."

Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.

Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.

"Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..."

Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.

Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman.

"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."

Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.

Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaanya.

Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.

"Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."

"Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang..."

Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.

Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh Seman.

"Tok! Tok! Tok!"

Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.

"Jais... Jais..."

Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.

Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.

"T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."

Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.

Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,

"Ni rumah encik Jais ke?"

Ani tergamam.

"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..."

Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.

Lawak Jenaka Online

Tukang Buat Baby

Sepasang suami isteri sudah lama mencuba utk mendapatkan anak. Setelah mendapatkan nasihat dari doktor, akhirnya mereka bersetuju utk menggunakan kaedah "anak tumpang" atau kata lain, isterinya itu akan menggunakan benih lelaki lain utk mengandung.. Setelah bersetuju dan memilih bakal lelaki yang akan "menyedekahkan" spermanya, maka satu hari..
berkatalah si suami "Ok sayang.. abang pergi dulu... sebentar lagi lelaki tu akan datang..." (lelaki yang nak dermakan sperma dia)Sambil menunggu kedatangan penderma tersebut, tiba² muncul seorang jurugambar yang kerjanya ambik gambar² bayi.

"Selamat pagi puan.. saya datang utk...." belum sempat habis bercakap, si isteri tadi memotong kata²nya dan berkata "oh ya.. saya memang menunggu awak..""errr ye ke?" kehairanan photographer tu.."kalau macam tu..bagus la.. saya dah buat banyak bayi yang istimewa..(maksudnya gambar bayi yang baik la.. )"Itu la yang suami dan saya harapkan.."kata si isteri.." silakan masuk..dan duduk la..""Hmmm macamana kita nak start???" tanya si isteri setelah beberapaketika..."Serahkan pada saya puan... saya selalunya buat di bathtub... sekali kat atas sofa.. dan beberapa kali di katil.. kekadang kat atas lantai diruang tamu saja. itu pun seronok juga..anda mesti suka..." kata lelakitadi menerangkan tempat2 yang sesuai utk diambil gambar.. "Bathtub??? atas lantai...??? Patutlah ianya tak pernah berkesan pada saya dan suami..kami selalu lakukan di bilik tidur saja.. "jelas isteri...."Puan, tak da orang yang boleh gerenti ianya baik setiap kali.. tapi kalau kita pelbagaikan posisi dan saya shoot dari beberapa angle.. saya jamin...anda akan suka dengan resultnya... Si isteri tercengang...

Lawak Jenaka Online

"Puan..dlm keja saya nie..seseorang mesti mengambil masa sikit..saya suka berada di luar dan di dalam buat beberapa ketika.. tapi tentu puan tak suka.."Macam saya tak tau???" kata si isteri..Photographer tadi mengeluarkan gambar2 bayi yang sungguh comel dari briefcasenya.. "yang ini saya buat masa di atas bus kat London.."Hah!...atas bas????" terkejut si isteri..."Yang kembar ini plak memang tak disangka2.. bila anda tau bahawa memang susah nak bekerjasama ngan emaknya.. " kata photograper tadi.. "Emaknyer susah nak bekerjasama????" tanya si isteri.. "Ya... memang susah.. sehingga saya terpaksa bawa dia ke Hyde Park utk buat keja dengan baik.. orang ramai mengerumuni kami ketika itu..utk melihat dengan jelas apa yang kami lakukan..." "Di depan public???"terkejut si isteri.

"Ya..dah tu..lebih kurang 3 jam baru selesai.. emaknya.. menjerit,terpekik.. sehingga saya tak boleh nak concentrate..bila tupai2 dah datang menghampiri alat saya.. saya terpaksa berhenti melakukannya.. " cerita si Photograper.. "awak maksudkan tupai² tu really usik awak punya....alat???" tanya si isteri.. "Ya puan... tak per la.. Puan dah bersedia ker.. Saya akan siapkan tripod.... lepas tu kita akan mulakan.."Tripod????"nak buat aper..??? "tanya si isteri.."OH..itu utk laraskan alat saya nanti... ianya terlalu besar utk saya pegang lama-lama.. ""er puan.???Puan??? la..dier pengsan!!

Khasiat telur separuh masak

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye", kata emaknya.

Ha........Lu Pikir ah sendiri........!

Lawak Jenaka Online

PENGUMUMAN BARU OLEH PM (elaun sara hidup )

PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2009 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas)

dan...


80 penutup botol Coca-Cola... ... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !

Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk.....

Lawak Jenaka Online

Selamat Pagi Cikgu - Sempena Hari Guru

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Lawak Jenaka Online

Tipah Tertelan Duit

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

Lawak Jenaka Online

Cerita Mat Rempit

Aku ada satu pengalaman nak kongsi dengan korang. Cerita ni berlaku tahun 2002. Masa tu aku suka pegi mandi Templer Park (air terjun popular kat Rawang) dengan kawan-kawan. Dengan bermodalkan helmet besar yang aku pinjam dari bapak aku, so kita orang merempit la gi sana dengan motor 100 sport member aku yg dah modify double ekzos dan class tangan.

Tujuan kita orang nak mandi la, sambil-sambil cari jodoh. Sampai kat tempat parking kita orang tengok ramai awek lepak kat tepi parking. Member aku pun apa lagi rem moto kuat-kuat nak tarik perhatian la konon. Aku yang jadi pembonceng peluk kuat-kuat badan dia. Aku dah tau dia mesti nak velly nye.

Sampai satu tempat dia wat u-turn nak velly. Lepas tu korang nak tau apa jadi? Dia velly moto tu 90 darjah menegak dengan bangganya.

Korang tengok memang gaya expert tapi aku kat belakang dia peluk dia sambil berlari lebih kurang 20 meter.

Tambah pulak helmet yang aku pakai tadi dah berpusing tak nampak jalan. Bayangkan time tu aku hanya mampu memeluk sambil berharap member aku turunkan semula motor. Lepas dia turunkan moto dengan bangganya.

Time tu aku dengar riuh mat-mat rempit yang lain dah ketawa terbahak-bahak tengok kita orang. Member-member aku yang lain sampai pecah perut gelakkan aku. Cis... lepas pada tu aku dah insaf nak tumpang mat rempit. Sekarang dah lebih 7 tahun aku tak pergi sana tapi bukan sebab malu beb, tapi tak ada masa...ok....

Lawak Jenaka Online


Penculik

Seorang ibu (tunggal) amat bimbang dengan keadaan anak(tunggal)nya yang telah diculik seminggu lepas. Ibu(tunggal) itu telah menerima panggilan(tunggal) semalam. Penculik itu telah meminta wang tebusan sebanyak RM500,000 untuk ditukarkan dengan anak kesayangannya. Hari ini dia telah menerima satu lagi panggilan.

Ibu: (takut).. hello...

Noname: Ape hello-hello? Bila mau bagi wang????

Ibu: Tolong lah.. saya tak ada wang sebanyak itu.. tolong lah turunkan harga..

Noname: lu ingat wa ni budak-budak ka? Makin lama tangguh makin mahal maa.. ada ka patut lu mau murah pulak..

Lawak Jenaka Online

Ibu: Tolong lah... saya tak mampu dapatkan duit sebanyak itu sekarang ni...

Noname: Okay.. wa bagi sampai esok hali.. kalu tak dapat gak wa tarik.....

Ibu:(menangis) Tolong jangan tarik nyawa anak saya!! pleasseeeee....

Noname: Apa??

Ibu: Saya tak boleh hidup tanpa anak saya... huuuuuu...

Noname: Haiiyaa.... wa dari syalikat perusahaan kreta maa.. lu punya kreta sula 7 bulan tak bayar.. tiap bulan pun wa ade bagi warning maaa... wa tarik kreta maa.. wa bukan along mau tarik nyawa...

Ibu: (malu)......
Disclaimer

None of the audio/visual content is hosted on this site. All media is embedded from other sites such as Google Video, YouTube, Megavideo, etc. Therefore; this site has no control over the copyright issues of the streaming media.

All issues concerning copyright violations should be aimed at the sites hosting the material. This site does not host any of the streaming media and the owner has not uploaded any of the material to the video hosting servers. Anyone can find the same content on Google Video or YouTube by them selves.

The owner of this site cannot know which movies, documentaries or cartoons are in public domain, which has been uploaded to e.g. google video by the owner and which has been uploaded without permission, and is therefore willing to remove any violating material immediately upon request. The copyright owner must further contact the source if he wants his material off the Internet completely.