Iklan - Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan versi ke-3 baru sahaja dilancarkan!



Saya cuma ingin maklumkan bahawa
ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja
Kerajaan versi ke-3 baru sahaja
dilancarkan!

www.kerja-kerajaan.com

Laman web kini berwajah baru hampir 90%.
Kali ini ebook ini dikemaskini buat kali
ke-3 selepas bulan Mei 2009 yang
lalu.

Kali ini, ebook ini dipakejkan
mengikut modul-modul khas iaitu:

"Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan"

Modul #1: Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan


Modul #2: Rahsia Teknik Menjawab Soalan Temuduga Kerja Kerajaan


Modul #3: Contoh Soalan dan Skema Jawapan temuduga Kerja Kerajaan


Modul #3: Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga Kerja Kerajaan


Modul #5: Rahsia Penulisan Resume Temuduga Kerja Kerajaan

Dan terdapat 5 bonus utama lagi...

Teruskan membaca di

www.kerja-kerajaan.com



Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di 
http://iklankerjaya.blogspot.com

Sukan yang dah pupus

BOLASEPAK(bace towl2 bukan sepak=tendang,tapi sepak=lempang)

acara bolasepak ini dimainkan semasa rakyat jelata Mesir meraikan hari lahir Raja Firaun mereka Ramses de third.pemain dikehendaki menyepak bola sehingga bola itu mengeluarkan airmata darah,jika tidak para pemain sendiri yang akan mengeluarkan airmata darah akibat hukuman yang bakal diterima dari raja mereka,akhirnye sukan ini pupus kerana rakyat mesir merasakan mereka menyeksa bola dengan menyepaknye bertalu-talu tanpa belas kasihan,menjelang tahun 60an sebelum masihi,sukan ini telah pupus sama sekali.dan digantikan dengan bolasepak yang kita kenali kini.

BOLA TERAJANG

memang tidak dinafikan sukan bolaterajang adalah sepopular bolasepak pada masakini.sukan ini memerlukan padang sebesar KLIA dan pesertanya pula seramai 2000 orang.terdapat 80 tiang gol serta penjaga golnya sekali.apabila bola dibaling masuk oleh pengadil,kesemua peserta hendaklah terajang apa sahaja didepan mereka tetapi tidak boleh langsung menerajang bola tersebut.sesiapa yang kakinya terterajang bola tersebut maka mereka akan diberikan kad merah dan diterajang beramai-ramai oleh pihak lawan dan juga rakan sepasukan mereka sendiri.ini akan membuatkan peserta mengamuk dan menerajang diri mereka sendiri dan sanak saudara mereka. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan diharamkan oleh FIFA kerana presiden FIFA pada masa itu pernah kene terajang oleh tukang kebunnya kerana beliau tidak membeli rokok yang dipesan.

Burung HANTU!

Seorang anak ini bertanya kepada ayahnya..

anak:ayah tu burung ape?
ayah:burung hantu....
anak:burung ape?
ayah:burung hantu sayang...
anak:burung ape?
ayah:burung hantu nak.....
anak:burung ape?
ayah:burunglah, HANTU...



Pembohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...



Disclaimer

None of the audio/visual content is hosted on this site. All media is embedded from other sites such as Google Video, YouTube, Megavideo, etc. Therefore; this site has no control over the copyright issues of the streaming media.

All issues concerning copyright violations should be aimed at the sites hosting the material. This site does not host any of the streaming media and the owner has not uploaded any of the material to the video hosting servers. Anyone can find the same content on Google Video or YouTube by them selves.

The owner of this site cannot know which movies, documentaries or cartoons are in public domain, which has been uploaded to e.g. google video by the owner and which has been uploaded without permission, and is therefore willing to remove any violating material immediately upon request. The copyright owner must further contact the source if he wants his material off the Internet completely.