Seorang lelaki yang menghadiri satu seminar mengenai perhubungan begitu yakin bagaimana perlunya dia menunjukkan rasa penghargaan terhadap orang disekelilingnya.
Dia berpendapat keluarganya mungkin menjadi tempat paling sesuai untuk dia memulakan langkah itu. Jadi, dalam perjalanan pulang dia membeli sedozen bunga ros dan sekotak coklat. Dia gembia kerana isteri dan keluarganya tentu saja terperanjat dengan perubahan sikapnya itu.
Tiba saja dia terus menekan loceng pintu rumahnya sambil tersenyum-senyum simpul sementara menunggu isterinya membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati isterinya menangis sebaik saja membuka pintu.
"Apa dah jadi sayang?" katanya dengan wajah yang penuh kehairanan..
"Oh..hari ni sungguh teruk. Mula-mula, Tommy cuba membuang lampinnya ke dalam lubang tandas, alat membasuh pinggan mangkuk rosak, Sally pulang dari sekolah dengan luka-luka memenuhi kakinya dan sekarang... abang pula balik dalam keadaan mabuk... " kata isterinya... ..

No comments:
Post a Comment