Pesanan Mak

Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan
di suatu kawasan yang agak terpencil. tengah syok-syok bersembang tentang kerja,
tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan.

lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.
"Fasal apa adik menangis", tanya Radhi.
"Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong",pujuk Khalid pulak.

Sambil teresak-esak budak tu berkata "Tadi sebelum saya keluar mak sudah pesan, kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pun yang lalu. Motor buruk ada laa..".

Mendengar penjelasan budak tadi, radhi dan khalid hanya menggelengkan kepala. tak tau aper nak explain kat budak tu..


Visit Also !


3 Pesalah

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap
atas kesalahan mengendap itik buat projek…
Lalu hakim berkata..
"kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan
di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata..
"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang
Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di
berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan…
"Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…"
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…
"Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..".
Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
"Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..
hakim berkata…
"Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".

"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".
Pelawak itu kemudian dibebaskan.


Visit Also !


Kedai Roti

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.
"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.
"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur
dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

Visit Also !


Bogel

Ada seorang awek berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut. Sepanjang perjalanan, si tukang beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut. Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu berkata "kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke?"

"bukan begitu, cik adik, pakcik cuma tertanya tanya, dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan" jawab tukang beca tu. hoho..


Visit Also !

Rokok dan Motor

Ada seorang pelajar yang sedang menunggu bass sambil merokok ditegur oleh seorang polis.

Polis : "Kenapa kamu merokok?"

Pelajar : "Saya suka, pak."

Polis : "Dari mana wang kamu untuk membeli rokok?"

Pelajar : "Dari uang jajan saya."

Polisi : "Sehari kamu habis berapa? Dan harganya berapa?"

Pelajar : "Paling satu bungkus dan harganya sekitar RM10.50, tok."

Polisi : "Kenapa wang RM10.50 kamu bakar setiap hari? Coba kamu kumpulkan wang itu selama setahun, mungkin kamu dapat membeli motosikal, tidak perlu menunggu bas yang sesak seperti ini."

Pelajar : "Sekarang saya boleh tanya sama tok?"

Polisi : "Tentu."

Pelajar : "Apakah tok merokok?"

Polisi : "Tentu tidak."

Pelajar : "Tapi saya tidak nampak motor tok?"


Visit Also !


Disclaimer

None of the audio/visual content is hosted on this site. All media is embedded from other sites such as Google Video, YouTube, Megavideo, etc. Therefore; this site has no control over the copyright issues of the streaming media.

All issues concerning copyright violations should be aimed at the sites hosting the material. This site does not host any of the streaming media and the owner has not uploaded any of the material to the video hosting servers. Anyone can find the same content on Google Video or YouTube by them selves.

The owner of this site cannot know which movies, documentaries or cartoons are in public domain, which has been uploaded to e.g. google video by the owner and which has been uploaded without permission, and is therefore willing to remove any violating material immediately upon request. The copyright owner must further contact the source if he wants his material off the Internet completely.