Janda Kebasahan

Imah, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri di sebuah banglo dua tingkat. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda menggilainya tapi Imah
tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta-harta Imah bernilai berjuta, hasil peninggalan
suaminya seorang ahli perniagaan yanmg berjaya.

Kini sudah masuk tahun ke-3 Imah tidak bersuami. Sudah lama dia bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya memang kehausan
teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah hasil daripada
minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan penjagaan diri.

Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang malam
ini beliau akan sudi menghulurkan tangan. Tambahan lagi, Imah tinggal berseorangan dalam kegelapan. Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Imah amat kehausan
sekali. Perasaan Imah semakin resah. Sabar Imah menunggu, sejam dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak.

Tuk!!!Tukkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. “Ohhhh! Syukurlah!!!”kata Imah di dalam hatinya.Imah terus berlari membuka tingkap rumahnya yang diketuk itu.
Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan 30an berambut mawi melemparkan senyuman manis kepada Imah. Imah pun membalas senyuman itu.
Senyuman mereka berdua jelas kelihatan didalam samar-samar cahaya torch light milik lelaki itu.

Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Imah. Inilah saat pertama kalinya Imah memegang tangan lelaki semenjak suaminya meninggal
dunia. Peluh Imah keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut. Lelaki itu memimpin Imah berjalan. “Adik duduklah di sini” kata lelaki itu. Imah pun
duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki itu dan tiba-tiba Imah terasa punggungnya menjadi dingin.

Dingin dan sejuk akibat air telah mula, membasahi punggungnya yang gebu itu. Tak pernah Imah merasa punggungnya sebasah ini. Seolah2 dugaan ini memang hebat.
Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata

“Ohhh!!Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah selamat!” Jawab Imah”Yalah!!Kalaulah abang
tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir ni nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi. Tapi nasib baiklah
air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja., jadi dapatlah saya menunggu di sini”.

Lelaki tadi terus menghidupkan semula engin sampannya lalu terus ke pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan. Begitulah bagaimana punggung Imah
jadi basah…

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

None of the audio/visual content is hosted on this site. All media is embedded from other sites such as Google Video, YouTube, Megavideo, etc. Therefore; this site has no control over the copyright issues of the streaming media.

All issues concerning copyright violations should be aimed at the sites hosting the material. This site does not host any of the streaming media and the owner has not uploaded any of the material to the video hosting servers. Anyone can find the same content on Google Video or YouTube by them selves.

The owner of this site cannot know which movies, documentaries or cartoons are in public domain, which has been uploaded to e.g. google video by the owner and which has been uploaded without permission, and is therefore willing to remove any violating material immediately upon request. The copyright owner must further contact the source if he wants his material off the Internet completely.