Di suatu majlis untuk meraikan “Usahawan Paling Berjaya”, seorang
wartawan bertanyakan usahawan berkenaan, “Apakah rahsia kejayaan tuan
sehingga dapat membina perniagaan yang begitu besar dan tersohor?”
Jawab usahawan berkenaan, “Ada lima perkara yang menjadi asas kejayaan
saya. Pertama, saya sentiasa bersikap adil kepada sesiapa sahaja.
Kedua, sentiasa bersikap jujur. Ketiga, saya sentiasa menjual barangan
saya pada harga yang berpatutan. Keempat, saya menjaga kebajikan
pekerja saya dengan baik. Dan kelima, beberapa tahun lepas, bapa
mertua saya meninggal dunia dan meninggalkan harta sebanyak lima juta
ringgit kepada anak perempuan tunggalnya.”
No comments:
Post a Comment