Rasa hendak ber'bini'

Aku yakin, mesti hangpa pernah alami apa yang aku rasa ni....
Pernah tak suatu hari, anda bangun dari tidur dan terasa seperti hendak ber'bini'? Ya! Itulah apa yang sedang aku alami sehingga hari ini. Aku tak boleh nak sisihkan naluri fitrah aku ini.

Tapi apakan daya aku juga insan biasa, punya kehendak yang perlu
dipenuhi, punya impian yang tersendiri. Iri hati aku kepada kawan-
kawan aku yang lain. Hampir semua mereka mempunyai `bini' masing.
Mana tak jelesnya kehulu-hilir asyik berdua. Berpegangan kedua belah
tangan lagi. Sama-sama bersusah payah meredah ranjau dan berhujan
berpanas.
Tatkala kaki ini melangkah dipayungi terik matahari
menuju ke kuliyyah, hati nakalku terdetik. Alangkah indahnya
sekiranya `dia' turut sama menemani aku dikala ini. Tidaklah aku
terasa kepenatan dan peluh berjalan kerana ada teman bicara. Dan
jarak yang jauh pasti terasa dekat. Dan semua orang diperjalanan
kami, pasti ada yang cemburu. Tak kurang juga yang memuji mengatakan
kami pasangan yang ideal. Ahaha... Tapi ini semua hanyalah khayalan
aku yang punya sempadan. Dari kejauhan aku ternampak sahabat karibku
dengan pasangannya. Bukan main asyik dan mesra mereka. Sehingga
mereka lalu melintasi aku, tidak sedar pun mereka yang aku di tepi
jalan ini. Mentang-mentanglah `bini' dia tu cantik dan mengancam.
Deng! ar khabarnya, `bini'nya keturunan Jepun tapi lahir di sini.
Ke'in-team'an dan keakraban mereka inilah yang membulatkan tekad aku!
Aku mesti cari satu juga!
Pulang ke kampung pada cuti semester, aku suarakan
hasrat hatiku kepada ayahandaku kerana hanya dia yang arif dalam bab
ini. Risau juga aku takut dibangkang niat suci murni aku ini.
Terkejut aku apabila dia mengatakan memang selama ini dia berhasrat
nak cari jodoh satu untuk aku. Bonda tiada halangan kerana dia tahu
ini untuk kebaikan aku juga. Tapi dengan siapa? Aku belum ada calon
lagi. Terpaksalah aku menyuruh ayahanda merisik sesiapa sahaja yang
dirasakan sesuai. Pada mulanya ayah aku meng'kenen'kan a! ku dengan
seorang `janda' yang masih lagi muda. Ditinggalkan suaminya, setelah
tak mampu nak bayar nafkah bulanan. Pendapat ayahanda, biarlah
jodohku janda kerana maharnya pasti lebih murah nak dibandingkan anak
dara sunti. Setelah puas membuat pertimbangan, aku menolak dengan
lembut pilihan ayahku. Aku katakan pada ayah, biarlah maharnya mahal
sekalipun, mungkin ini adalah yang pertama dan juga yang terakhir
bagiku. Aku tak akan pasang dua, tiga
atau empat. Aku akan berlaku jujur dan setia.

Suatu petang ketika aku bersiar-siar di bandar seorang
diri, di satu sudut ruang legar pasaraya rasanya seperti aku telah
terjumpa pasangan impian aku. Walaupun dia bersama-sama kawan-
kawannya yang lain di situ, tapi hatiku hanya terpaut padanya.
Dengan `body' yang cukup sempurna, lirikan mata yang menggoda dan
dressing yang mengancam, aku bagaikan terjumpa buraq kayangan.
Setelah berbasa-basi dan berkenalan serba ringkas. Diberinya aku foto
gambarnya yang mempersonakan. Aku pulang ke rumah dengan senang hati
sambil membawa gambarnya untuk ditunjukkan kepada orang tuaku.
Ayah melihat dengan serius foto gambarnya. "Betui hang
minat kat dia ni?" Tanya ayahku mencari kepastian. Aku mengangguk
dengan yakin bahawa pilihan aku ini pasti tidak silap. Sambil itu,
aku tidak ketinggalan menyulam janji manis yang aku akan menjaganya
dengan baik. Menjaga makan pakainya dan sama sekali tidak berlaku
curang. Bonda tidak kisah kerana nanti dia juga yang senang apabila
dah ada `menantu' baru nanti. Senang dia nak ajak aku ke mana-mana
nanti. Setelah melihat spesifikasinya dan keupayaannya, akhirnya ayah
aku bersetuju untuk meminangnya untuk aku. Tapi bila? Aku pun tak
tahu. Yang pasti aku akan ada `bini' baru. Alahai abah, kahwinkan aku
cepat. Elok juga rasanya aku perkenalkan bakal ister! i baru aku ini.
Inilah biodatanya:
Nama Model: Yamaha Lagenda 110cc
Spesifikasi: Enjin empat lejang, silinder tunggal, SOHC, 2 injap
Transmisi: 4 kelajuan
Kapasiti minyak: 8L
Kapasiti gas: 4.5L
Berat kering: 94 kg

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

None of the audio/visual content is hosted on this site. All media is embedded from other sites such as Google Video, YouTube, Megavideo, etc. Therefore; this site has no control over the copyright issues of the streaming media.

All issues concerning copyright violations should be aimed at the sites hosting the material. This site does not host any of the streaming media and the owner has not uploaded any of the material to the video hosting servers. Anyone can find the same content on Google Video or YouTube by them selves.

The owner of this site cannot know which movies, documentaries or cartoons are in public domain, which has been uploaded to e.g. google video by the owner and which has been uploaded without permission, and is therefore willing to remove any violating material immediately upon request. The copyright owner must further contact the source if he wants his material off the Internet completely.