Satu hari semasa kelas memasak, guru ERT kami, Pn. Rahmah sedang menceritakan rahsia resepinya membuat ramuan sos yang sempurna lagi enak. Dia kemudiannya mengarahkan kami membawa senduk kayu sebagai persediaan membuat latihan masakan esok hari. Sebelum keluar dari kelas, dia sekali lagi mengingatkan “Jangan lupa!, bawa senduk kayu bukannya senduk besi”.
Semasa saya sedang menyediakan ramuan sos esok harinya, saya memikirkan rahsia di sebalik penggunaan senduk kayu berkenaan. Saya amat merasakan yang ianya adalah berkaitan dengan ‘kepanasan’. Untuk memuaskan hati, saya mengambil keputusan bertanya terus kepada Pn. Rahmah “Kenapa kami mesti menggunakan senduk kayu dan bukannya senduk besi seperti biasa?”.
Dengan selambanya dia menjawab “Sebab, jika saya terpaksa lagi mendengar riuhnya bunyi senduk kamu berlaga dengan peralatan2 besi lain ketika kamu semua memasak, saya boleh menjadi gila”
No comments:
Post a Comment